Wednesday, September 14, 2011
5 lelaki bersenjatakan parang 'tawan' 11 pelanggan
[HMETRO] KUALA LUMPUR: Suasana tenang di sebuah restoran makanan laut di Jalan Kuchai Lama, di sini bertukar kecoh apabila lima lelaki bersenjatakan parang ‘menawan’ 11 pelanggan termasuk pemilik premis berkenaan sebelum merampas pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai berjumlah kira-kira RM21,200, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna kelabu berhenti di hadapan restoran berkenaan sebelum semua suspek tiba-tiba turun lalu menyerbu pelanggan yang sedang menjamu selera.
Pemilik restoran, Cha Cheng Yong, 50, berkata, suspek kemudian meletakkan parang ke leher beberapa pelanggan dan mengugut mereka untuk mengeluarkan semua barangan berharga atau mereka akan bertindak lebih kasar.
“Kami semua ketakutan pada masa itu kerana mereka bersenjatakan parang.
“Kami terpaksa menyerahkan segala barangan berharga termasuklah wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, kad bank, jam tangan, malah dokumen penting seperti kad pengenalan dan lesen memandu pun mereka rampas,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment