[BHARIAN] GENTING Malaysia Bhd antara syarikat riadah dan hospitaliti terkemuka di dunia mengumumkan pelan induk bernilai AS$3 bilion untuk Resorts World Miami. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, resort yang berkeluasan 10 juta kaki persegi itu membabitkan pembangunan bercampur, sekali gus menjadikannya antara projek terbesar di Florida.
“Ke utara dan berdekatan dengan tapak Miami Herald ialah hartanah Omni Centre dengan Genting membeli semua gadai janji tertunggak,” katanya.
"Genting Malaysia akan bekerjasama dengan pemilik hartanah untuk menguasai sepenuhnya dan mengendalikan Omni Centre dalam tempoh beberapa bulan ini," kata Lim.
Omni Centre termasuk ruang beli-belah berkeluasan 650,000 kaki persegi, ruang pejabat berkeluasan 350,000 kaki persegi, Hotel Hilton dengan 525 bilik dan 2,300 ruang garaj letak kereta.
Genting Malaysia ialah syarikat dalam Genting Group yang mempunyai permodalan pasaran kira-kira RM20 bilion.
No comments:
Post a Comment