![]() |
| [Sekadar gambar hiasan] |
[HMETRO] KLANG: Seorang wanita berusia separuh abad terkedu apabila disamun
seorang lelaki yang disangkanya anggota pasukan keselamatan dalam
kejadian di lorong di Jalan Haji Mat Sidin, di sini, kelmarin.
seorang lelaki yang disangkanya anggota pasukan keselamatan dalam
kejadian di lorong di Jalan Haji Mat Sidin, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang
juga kerani di bandar ini baru saja tiba di rumahnya berhampiran lokasi
dia disamun itu apabila didatangi sebuah Proton Saga berwarna merah tua.
juga kerani di bandar ini baru saja tiba di rumahnya berhampiran lokasi
dia disamun itu apabila didatangi sebuah Proton Saga berwarna merah tua.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat
Yusop, berkata seorang lelaki berusia 30-an keluar dari kereta itu dan
menghampiri mangsa.
“Suspek mendakwa dia anggota keselamatan dan menunjukkan kad biru
kononnya bukti. Mangsa diarahkan mengikutinya dan mangsa yang
terpinga-pinga mengikut arahan.
kononnya bukti. Mangsa diarahkan mengikutinya dan mangsa yang
terpinga-pinga mengikut arahan.
“Mangsa dibawa ke arah lorong belakang kuil berhampiran rumah mangsa dengan kereta sebelum menurunkannya di situ.
“Selepas itu suspek merampas beg tangan mangsa mengandungi wang tunai
kira-kira RM1,000 serta rantai leher dan meninggalkan mangsa
terpinga-pinga sebelum suspek melarikan diri,” katanya ketika ditemui,
di sini, semalam. Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa, ketika
kejadian suspek memakai kemeja-T hitam dan berseluar coklat manakala
suspek berbadan gempal serta berkulit gelap.
Beliau berkata, tindakan memburu suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.
Dalam perkembangan kes lain, katanya, kelmarin pihaknya menerima sembilan laporan kes curi motosikal.

No comments:
Post a Comment