![]() |
| LOKASI nahas yang meragut satu nyawa di Padang Besar dilimpahi diesel. Gambar kecil, Manis Ismail. |
[BHARIAN] PADANG BESAR: Seorang warga tua berusia 60 tahun maut manakala dua mangsa termasuk adik perempuannya cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan dipercayai milik penyeludup diesel di Beseri, dekat sini, petang kelmarin.
Manis Ismail dari Temerloh, Pahang meninggal di tempat kejadian. Dua lagi mangsa ialah adik Manis, Hasnah yang memandu kereta dan penumpang, Mek Saad, 65, masing-masing dari Kuala Perlis, di sini mengalami kecederaan.
Nahas itu boleh menjadi lebih buruk kerana tempat kejadian dilimpahi diesel.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, mengesahkan kejadian terbabit termasuk penahanan dua remaja tidak bersekolah yang terbabit dalam nahas itu.

No comments:
Post a Comment