![]() |
| Sekadar gambar hiasan |
[BHARIAN] GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 6.9 Jambatan Pulau Pinang menghala Butterworth pagi ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata kejadian pada kira-kira jam 6 pagi itu menyebabkan S Sathees, 22, dari Taman Bukit Jambul, di sini, mati ditempat kejadian akibat kecederaan parah.
Difahamkan, lelaki itu baru pulang meraikan sambutan hari lahirnya hari ini bersama rakannya di George Town sebelum terlibat dalam kemalangan itu. - BERNAMA

huu menakutkan bila bca entri ni..tp kesian sbb kejadian tu berlaku masa hry lhir dy..kesian..
ReplyDelete