Wednesday, September 14, 2011

Kedai mamak diserang perompak bersenjatakan parang






[HMETRO] SHAH ALAM: Beberapa pelanggan sebuah restoran mamak di Seksyen 15, di
sini, termasuk kanak-kanak yang sedang menjamu selera lari
lintang-pukang menyelamatkan diri apabila premis itu dimasuki perompak
bersenjatakan parang dan pisau.




Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan
selama empat minit dan 11 saat pada kira-kira jam 4 pagi, 28 Ogos lalu,
lima lelaki lengkap bertopi keledar serta ada yang memegang pisau dan
parang meluru ke arah pelanggan.







Suspek turut mengacukan senjata tajam ke arah pelanggan sebelum
merampas komputer riba milik pelanggan yang tergamam dengan kejadian,
malah ada juga suspek cuba merampas beg tangan seorang wanita.


Jelas kelihatan menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut, pelanggan sedang
menjamu selera dan berbual dianggarkan 10 orang termasuk kanak-kanak
yang panik berlari keluar dari restoran berkenaan.













Malah, ada juga pelanggan lelaki yang bertindak spontan
melarikan diri dengan melompat besi penghadang restoran untuk
menyelamatkan diri.

No comments:

Post a Comment